20.9.18

Selamat Hari Asyura 1440H : Doa Cahaya Kenabian (Nur Nubuwwah)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ربّ العالمين
صلى الله على محمد واله وسلم 
وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
أما بعد

Selamat Hari Asyura 1440H.

Pejam celik, sudah menjelang Hari Asyura 1440H. Masa-masa macam ini, mula terkenang kawan-kawan lama di Pahang. Teringat suasana majlis membuat Bubur Asyura. Dengan keletah masing-masing. Bahang api dapur. Peluh yang menitik. Kudrat yang terkuras.

Benar-benar kenangan lama mengusik jiwa. 

Hari Asyura bukanlah hari menyeksa diri. Tetapi ia adalah hari meraikan cinta. Hari memupuk benih cinta. Mengobarkan api cinta. Cinta kepada RasuluLLAH dan keluarga baginda. Sama ada yang hidup atau yang mati. 

Sudah pasti dengan cara yang dipimpin oleh syarak.

Sempena hari yang mulia ini, berikut dikongsikan versi Doa Cahaya Kenabian yang dipercayai merupakan versi yang telah menerima pembetulan dari segi hukum bahasa Arab.




Didakwa oleh setengah pihak bahawa kebanyakan versi yang tersebar mempunyai kesalahan-kesalahan bahasa. Atau mungkin ia menggunakan bahasa Arab pasar atau slanga? Apa pun ini adalah versi yang pernah aku amalkan dahulu.



والله اعلم بالصواب

#10Muharram1440H20September2018M
#LimbangSarawak

12.9.18

Selamat Tahun Baharu 1440H : Amalan 4 Surah Waktu Asar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ربّ العالمين
صلى الله على محمد واله وسلم 
وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
أما بعد

Selamat Tahun Baharu 1440H.

Sempena tahun baharu, apa kata kita berlatih dan bertatih amalan menutup hari kita dengan alQuran.

Pada waktu Asar sehinggalah detik-detik terakhir sebelum maghrib, maka tersangatlah baik membaca 4 surah iaitu;

1 - asySyams - الشّمس
2 - alLail - الّيل
3 - alFalaq - الْفَلَقِ
4 - anNas - النَّاسِ

Fadhilatnya?

Surah الشّمس - direzekikan pengamalnya akan kefahaman dan kecerdasan. Surah الّيل pula dijaga pengamalnya dari terbuka rahsia atau aibnya. Seterusnya kedua surah terakhir, dijaga pengamalnya dari sebarang musibah, bencana, gangguan zahir & batin.

Pengamalan berterusan surah-surah yang dinyatakan dengan izin ALLAH akan melancarkan rezekinya seperti hujan.

Sayugialah kita tutup 1 Muharram ini dengan firman-firman ALLAH & diteruskan pada penutup hari-hari yang mendatang.

والله اعلم بالصواب

#1Muharram1440H11September2018M
#LimbangSarawak